225 Meninggal Akibat Penyakit Leptospirosis di Filipina

2023-08-04 14:48:13  CRI
Share with:

Penyakit leptospirosis dilaporkan di beberapa tempat di Filipina sejak awal tahun ini, dan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 225 orang meninggal, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan Filipina, pada 3 Ogos. 

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa beberapa wilayah di negara itu dilanda bencana banjir berikutan hujan turun tanpa henti mutakhir ini, dan ia kemungkinan mempercepat penularan penyakit leptospirosis.