China Sokong Proses Perdamaian di Colombia

2023-08-06 15:36:04  CRI
Share with:

Mewujudkan kedamaian merupakan aspirasi seluruh rakyat Colombia, dan ia juga bermanfaat kepada kestabilan dan pembangunan di rantau Amerika Latin. Oleh itu, ia mendapat sokongan meluas dari masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang akhbar mutakhir ini.

Dilaporkan, kerajaan Colombia dan kumpulan bersenjata Tentera Kebebasan Kebangsaan (ELN) mengumumkan pelaksanaan perjanjian genjatan senjata sementera selama 180 hari di seluruh negara. 

Mengulas perkembangan terkini tersebut, jurucakap China mengatakan bahawa China dengan teguh menyokong proses perdamaian di Colombia, dan memuji usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan untuk mendorong perdamaian. 

Pelbagai pihak berkaitan diharap terus berusaha dan memainkan peranan positif bagi mewujudkan kedamaian, kestabilan dan pembangunan berkekalan di negara itu dengan secepat mungkin.