Tuaian Bunga Matahari Makmur Bawa Pulangan Lumayan kepada Petani di Xinjiang

2023-08-07 14:44:11  CRI
Share with:

Ladang bunga matahari seluas lebih 133 hektar di pekan Qiman bandar Kuqa wilayah Xinjing memasuki tempoh penuaian pada bulan Ogos ini. Inilah musim yang paling sibuk bagi petani di kawasan itu. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Kuqa giat mengembangkan industri penanaman seperti bunga matahari, jintan manis, labu dan sebagainya untuk meningkatkan pendapatan petani dan mendorong kemakmuran di luar bandar.