Israel Serang Damsyik, Empat Askar Maut

2023-08-07 12:41:49  CRI
Share with:

Empat askar Syria terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel di sekitar Damsyik pada awal pagi Isnin.

Agensi berita SANA memetik sumber tentera sebagai berkata, Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran berhampiran Damsyik dari arah Bukit Golan yang didudukinya sekitar pukul 2.20 pagi tadi waktu tempatan.

Serangan itu dilaporkan turut menyebabkan beberapa kemudahan rosak dan musnah.