Keganasan Senjata Api: 25,198 Terbunuh di AS Tahun Ini

2023-08-07 11:58:16  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 25,198 orang terbunuh akibat insiden tembakan senjata api di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, menurut statistik Arkib Keganasan Senjata (GVA) setakat 1 Ogos.

Dalam pada itu, berlakunya 426 kes tembakan yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan lebih daripada empat orang kecuali penembak setakat 5 Ogos.

Penghujung minggu lepas turut menyaksikan insiden tembakan terjadi di sesetengah tempat di negara itu, mengakibatkan belasan orang maut dan cedera.