Venue Universiade Tampil Elemen Sains, Teknologi, Kebudayaan

2023-08-07 11:30:59  CRI
Share with:

Sukan Universiti Dunia Musim Panas (Universiade)  ke-31 sedang berlangsung di bandar Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China. 

Untuk edisi kali ini, sejumlah 27 venue pertandingan dan 18 pusat latihan digunakan sepanjang berlangsungnya temasya.

Jika dilihat dari sudut udara, stadium dan gimnasium moden kelihatan mempamerkan keindahan bangunan yang menggabungkan elemen-elemen sains dan teknologi serta kebudayaan tradisional tempatan.