Negara Jiran Bermesyuarat Bincang Krisis Sudan

2023-08-08 12:45:43  CRI
Share with:

Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry menyeru supaya negara jiran Sudan bertindak mengendalikan krisis kemanusiaan yang tercetus di Sudan.

Beliau membuat kenyataan itu semasa mesyuarat peringkat menteri pertama mekanisme Sidang Kemuncak Negara Jiran Sudan yang dihoskan Chad di ibu negara N'Djamena pada Isnin.

Menteri luar dari tujuh negara jiran Sudan antaranya Chad dan Mesir dilaporkan menghadiri mesyuarat berkenaan untuk membincangkan situasi di Sudan serta kesan konflik terhadap kawasan sekitar.

Shoukry turut menggesa semua pihak di Sudan supaya menggalas tanggungjawab dan bekerjasama dengan negara jiran untuk memulihkan keselamatan dan kestabilan di Sudan.