Xi Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura

2023-08-09 17:11:04  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob sempena ulang tahun ke-58 penubuhan republik itu.

Xi berkata Singapura meraih pencapaian yang mengagumkan dalam pembangunan negara.

Sebagai jiran tetangga baik dan rakan kongsi penting, China dan Singapura sedang memajukan proses pemodenan yang sejajar dengan keadaan negara masing-masing, di samping saling belajar dan saling menyokong.

Xi turut meluahkan rasa berbesar hati melihat hubungan dua negara dilonjakkan ke tahap perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi.

Ia mencorakkan cetak biru perkembangan hubungan kedua-dua pihak pada era baharu, kata beliau.

Xi berharap dua negara berusaha ke arah mengukuhkan lagi jalinan dan menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran rantau.