Wang Yi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura

2023-08-09 18:00:01  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengutus tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan sempena ulang tahun ke-58 penubuhan republik itu.

Wang menyatakan Singapura melakar pencapaian cemerlang dalam pembangunan negara, dan memainkan peranan penting dalam urusan serantau dan antarabangsa.

Katanya, hubungan antara China dengan Singapura mengekalkan momentum perkembangan yang baik buat masa ini.

Beliau turut menyuarakan hasrat ingin bersama Balakrishnan untuk terus memajukan hubungan China-Singapura dan China-ASEAN.