Julai Bulan Paling Panas dalam Rekod: WMO

2023-08-09 13:21:41  CRI
Share with:

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengesahkan Julai tahun ini sebagai bulan paling panas yang pernah direkodkan.

Menurut data Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU), suhu purata global mencecah 16.95 darjah Celsius pada Julai, lebih tinggi berbanding 16.63 darjah Celsius dicatat dalam bulan sama 2019.

Sementara itu, suhu purata permukaan laut global terus meningkat sejak April 2023 dan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada Julai.

Keluasan ais di laut Antartika merekodkan paras terendah bagi bulan Julai sejak dipantau satelit.