Bilakah Ambil Iktibar daripada Krisis Perbankan?

2023-08-10 15:19:00  CRI
Share with:

Moody's Investors Service pada Isnin menurunkan penarafan kredit sepuluh bank bersaiz sederhana dan kecil Amerika Syarikat (AS) susulan tekanan kesolvenan yang didepani mereka sejak awal tahun ini.

Sektor perbankan AS dihantui krisis kebankrapan pada separuh pertama tahun ini.

Silvergate Bank, Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank mengalami kemuflisan pada Mac, diikuti First Republic Bank (FRB) yang terpaksa ditutup dua bulan kemudian.

Sejak sekian lama, politikus AS cenderung mengamalkan dasar fiskal dan monetari yang bersifat pengembangan semata-mata untuk meraih sokongan para pengundi.

Selepas tercetusnya pandemik COVID-19, negara itu melaksanakan dasar pelonggaran kuantitatif 'tanpa siling', mengekalkan kadar faedah ultra-rendah dan memperkenalkan pakej rangsangan besar-besaran sehingga menyebabkan inflasi melambung tinggi.

Tindakan seumpama turut memaksa Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan lagi kadar faedah secara agresif.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan Moody's, industri perbankan AS secara umumnya tidak bersiap siaga terhadap kenaikan kadar faedah.

Centre for European Policy Studies (CEPS) menyifatkan berlakunya krisis perbankan di AS sebagai 'sistemik'.

Media Barat dan agensi pemerhati turut melontarkan pertanyaan bahawa bilakah bank AS dapat mengambil iktibar daripada krisis berkenaan.

Mutakhir ini, Fitch Ratings menurunkan penarafan kemungkiran penerbit mata wang asing jangka panjang AS daripada AAA kepada AA+.

Hal itu mencerminkan ketidakpuasan agensi berkenaan terhadap kebuntuan siling hutang AS serta kecekapan negara itu dalam pengurusan fisikal.