Kapal Karam di Perairan Sittwe, Lebih 10 Maut
2023-08-10 12:51:27 CRI
Sebuah kapal yang membawa 55 penumpang karam akibat dibadai angin kuat dan ombak besar di perairan Sittwe, negeri Rakhine, Myanmar baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan, lebih sepuluh mayat mangsa ditemui di pantai sekitar perairan berkenaan selepas insiden itu berlaku.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan ketika ini.
Kapal berkenaan dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke Malaysia.