Wang Yi Mulakan Lawatan ke Tiga Negara Asia Tenggara Hari Ini
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Rabu memaklumkan bahawa Wang Yi akan mengadakan lawatan ke Singapura, Malaysia dan Kemboja selama empat hari mulai hari ini.
Mengulas mengenai lawatan Menteri Luar China merangkap Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) tersebut, jurucakap kementerian itu memberitahu hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja kini meneruskan trend perkembangan yang baik.
"China dan Singapura telah menjalin hubungan rakan orientasi masa depan yang berkualiti tinggi dan melibatkan segenap aspek.
"Manakala, China dan Malaysia pula berkonsensus untuk membina komuniti berkongsi nasib, sementara China dan Kemboja pula sedang dengan aktif membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja pada era baharu yang berkualiti, bertaraf dan berstandard tinggi," kata jurucakap itu.
Untuk rekod, tahun ini turut merupakan ulang tahun ke-10 konsep membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan Presiden China, Xi Jinping.
Memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar China berhubung ulang tahun itu, negara Asia Tenggara disifatkan sebagai sentiasa aktif mempraktikkan konsep tersebut, serta dilihat sebagai rakan kerjasama penting bagi China untuk membina BRI secara bersama.
"China mahu mengambil kesempatan lawatan kali ini mempertingkat komunikasi strategik dengan tiga negara tersebut, melaksanakan dengan baik untuk wajah baharu hubungan China-Singapura, menjalankan pergerakan yang teguh dalam membina komuniti berkongsi nasib China dan Malaysia, serta China dan Kemboja.
"Ia sekali gus memperkasakan kerjasama dalam membina bersama BRI yang berkualiti tinggi dan menggerakkan hubungan bilateral meningkat ke tahap baharu," ujarnya lagi.
China bersedia bersinergi ketiga-tiga negara tersebut mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global; menggalakkan pemulihan ekonomi; memelihara kedamaian dan keamanan; serta mengintensifkan pertukaran dan saling belajar untuk menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran sedunia.