Enam Maut Kebakaran Hutan di Hawaii

2023-08-10 14:26:04  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala 24 lagi cedera akibat kebakaran hutan yang melanda Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa tempatan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan. 

Setakat ini, lebih 2,100 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.