Bayi Panda Gergasi Sebulan Tampil di Khalayak Ramai

2023-08-11 10:36:38  CRI
Share with:



Bayi panda gergasi yang baru genap sebulan di Zoo Chongqing buat julung kalinya tampil di hadapan khalayak ramai pada 6 Ogos. Bayi panda gergasi itu seberat 191 gram ketika dilahirkan dan merupakan bayi panda gergasi yang paling berat ketika dilahirkan di zoo itu. Disebabkan ibunya sihat dan mempunyai air susu yang cukup, bayi itu membesar dengan cepat dan sudah seberat 1,439 gram pada masa ini.