Yichang Tawar Perkhidmatan Mesra kepada Anak Kapal

2023-08-11 22:46:16  CRI
Share with:

Terletak di bandar Yichang, provinsi Hubei, zon perkhidmatan komprehensif Tiga Gaung Sungai Yangtze yang mula beroperasi pada tahun 2019, menawarkan perkhidmatan komprehensif kepada anak-anak kapal.

Antara perkhidmatan yang mesra itu termasuk sudut buku, klinik, salon gunting rambut, gim, pasar mini dan sebagainya. Zon perkhidmatan komprehensif ini banyak memudahkan anak-anak kapal dan membuat mereka berasa umpama berada di rumah sendiri.