Platform Metaverse Sukan Asia ke-19 Dilancarkan

2023-08-11 14:03:37  CRI
Share with:

Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou dan syarikat telekomunikasi China Mobile melancarkan platform 'Metaverse Sukan Asia' di sini, pada Khamis.

Difahamkan, platform itu juga merupakan metaverse temasya sukan bersepadu antarabangsa besar yang pertama di China, sekali gus menjadi mercu tanda untuk Sukan Asia ke-19 yang pintar.

Pelanggan terminal kecerdasan boleh mengunjungi tiga ruang inovasi dalam metaverse, iaitu venue sukan, kebudayaan dan pelancongan bandar, pavilion kolektibek peribadi menerusi aplikasi 'Asian Games' di telefon pintar.

Selain itu, pelanggan juga akan diberi peluang untuk menyaksikan larian obor, majlis perasmian dan penutupan.

Pengarah Jabatan Bantuan Perkhidmatan Sukan Asia China Mobile di Hangzhou, Jia Ping memaklumkan, metaverse yang menggabungkan venue sukan dengan kebudayaan dan pelancongan bandar melalui teknologi realiti maya (VR) membolehkan pelanggan melakukan pertandingan virtual, menonton acara, dan menikmati panorama bandar tanpa perlu berada secara fizikal di Hangzhou.