Berhati-hati dengan Bumerang Dibaling Sendiri

2023-08-11 15:36:48  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis menandatangani perintah eksekutif bertujuan menyekat dan mengawal selia pelaburan membabitkan cip komputer termaju, elektronik mikro, teknologi maklumat kuantum dan kecerdasan buatan oleh entiti AS menyasarkan China.

Perintah yang akan berkuatkuasa selepas setahun itu dilihat sebagai isyarat negatif, kerana ia sebenarnya merupakan amalan cantas hubungan yang dilakukan dengan bertopengkan 'nyahrisiko', sekali gus mengundang unsur ketidaktentuan kepada dunia.

Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) AS berkata pihaknya akan memberi maklum balas dan berharap agar peraturan baharu itu dapat mengizinkan pemain industri cip domestik menembusi pasaran global utama termasuk China.

Persatuan Modal Teroka Kebangsaan (NVCA) turut berkata akan memerhati dengan teliti perkembangan berkenaan untuk memastikan perintah eksekutif itu tidak mencetuskan kesan yang tidak diingini kepada pelaburan oleh syarikat AS.

Penganalisis menyifatkan perintah itu sebagai helah politik, suatu bayangan yang menggambarkan ekosistem politik di Washington adalah tidak sihat.

Dengan memegang pemikiran 'membendung China', sikap keras terhadap China menjadi amal politik yang tepat bagi politikus Washington.

Memandangkan pilihan raya umum pada tahun depan, pentadbiran Biden menggunakan modus operandi menindas China hanya untuk memancing undi orang ramai.

Maka, tidak hairanlah apabila beliau mengeluarkan perintah untuk menyekat pelaburan di China.

Jika sekatan berkenaan dilaksanakan, ia akan membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi AS sehingga menjadi bumerang yang ditujukan kepada negara itu sendiri.

Pembangunan China mustahil dihalang oleh amalan ‘cantas hubungan’. Kalau AS berdegil berbuat sedemikian, akhirnya pasti akan terluka akibat bumerang yang dibaling sendiri.