Anggota Tentera Jalankan Misi Menyelamat di Kawasan Banjir

2023-08-11 22:53:11  CRI
Share with:

Hujan lebat turun dan mengakibatkan bencana banjir di provinsi Hebei dan barat daya bandar Beijing baru-baru ini, mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerugian harta benda rakyat. 

Sehingga 5 Ogos lalu, sebanyak 10 ribu anggota tentera China bergegas ke Kawasan bencana, menjalankan misi di barisan terdepan untuk menjalankan misi membendung banjir, mencari dan menyelamatkan mangsa, memberi rawatan kepada mangsa cedera, melaksanakan penyahkuman dan lain-lain. 

Seramai 12.8 ribu penduduk telah dipindahkan ke tempat lebih selamat, manakala 515.9 tan barang kegunaan seharian dan ubat telah diagihkan kepada penduduk terjejas.