Buat Hasutan, Jerumus Taiwan ke Kancah Bahaya

2023-08-12 17:16:43  CRI
Share with:

Naib Presiden Parti Demokratik Liberal yang juga mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso mengadakan lawatan ke Taiwan, China baru-baru ini dan menghasut Taiwan supaya membuat persiapan dari segi psikologi untuk berperang dengan Tanah Besar.

Kenyataan Aso mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk masyarakat Taiwan yang mengecam politikus itu bukan sahaja tidak memohon maaf atas penjajahan Jepun ke atas Taiwan, malah membuat hasutan yang boleh menjerumuskan Taiwan ke kancah bahaya.

Pada pertengahan abad ke-19, Jepun menetapkan Taiwan sebagai matlamat utama untuk menaklukkan Asia Timur.

Pada 1895, pemerintah Dinasti Qing terpaksa menandatangani Perjanjian Shimonoseki selepas kalah dalam peperangan dengan Jepun. Sejak itu, Jepun memulakan pemerintahan kolonial selama lima dekad terhadap Taiwan.  

Menurut kenyataan bersama China-Jepun yang dikeluarkan pada 1972, Jepun bermuhasabah terhadap peperangan yang membawa kesengsaraan kepada rakyat China, dan menghormati pendirian China bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari negara ini.

Sebagai mantan perdana menteri, Aso tentu tahu janji yang pernah dibuat kerajaan Jepun. Justeru, pasti terdapat niat di sebalik perbuatannya yang berlagak menuding jari dalam hal ehwal Taiwan.

Kerajaan Jepun memanipulasikan isu Taiwan untuk mencari alasan bagi menambah belanjawan pertahanan dan memperkuat tentera.

Dalam kertas putih pertahanan edisi baharu, Jepun mengheboh-hebohkan ketegangan di Selat Taiwan bagi memperoleh persefahaman rakyat untuk menambah kekuatan pertahanan.

Ternyatalah, memperalat isu Taiwan sudah menjadi modus operandi negara itu untuk melepaskan perlembagaan damai dan memperkukuh ikatan sekutu dengan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, penganalisis berpandangan bahawa Aso membangkitkan isu Taiwan ketika sokongan terhadap kerajan Fumio Kishida jatuh drastik baru-baru ini. Amalan itu juga berniat membantu Kishida mengatasi kesulitan semasa dengan mengalihkan perhatian masyarakat.