China, Malaysia Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang

2023-08-12 14:26:50  CRI
Share with:

China bersedia berkongsi peluang pasaran raksasa dengan Malaysia, sambil memperluas bidang kerjasama ke arah mewujudkan situasi menang-menang dan pembangunan bersama.

Demikian ujar ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang pada Jumaat.

Wang menyatakan China ingin berganding bahu dengan Malaysia bagi mengekalkan momentum perkembangan hubungan bilateral yang sihat dan kukuh, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta pembangunan serantau.

Beliau berkata usaha sama China dan Malaysia berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membuahkan hasil yang memberangsangkan. 

Antaranya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan 'Dua Negara Dua Taman' telah mencapai kesan ekonomi dan sosial yang baik, dan kerjasama pragmatik kedua-dua negara mempunyai prospek amat luas.

Anwar menyifatkan China sebagai rakan karib yang boleh dipercayai bagi Malaysia, dan memuji pembangunan hubungan serta ikatan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau berkata Malaysia dan China aktif melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, dan melakar kemajuan signifikan dalam kerjasama membabitkan perdagangan, pelaburan, budaya, pelancongan dan sebagainya.

Selain mengalu-alukan perusahaan China memperluas pelaburan di Malaysia, Anwar turut meluahkan kesediaan pihaknya untuk memperkasakan lagi kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang.