Wang Yi Hurai Situasi Semasa Laut China Selatan
China bersedia bersama negara anggota ASEAN untuk mempercepat rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan ke arah memuktamadkannya sebagai peraturan serantau yang efektif, substantif dan selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Menteri Luar Wang Yi berkata demikian ketika menghuraikan pendirian China berhubung isu Laut China Selatan sepanjang pertemuan dengan pemimpin Singapura serta Malaysia.
Wang menyatakan berkat usaha bersama China dan ASEAN, situasi Laut China Selatan kekal stabil pada keseluruhannya sekali gus menyediakan persekitaran kondusif kepada pembangunan negara berkenaan.
Beliau berkata negara-negara serantau harus mengekalkan kewaspadaan terhadap kuasa luar yang berniat mengacau-bilaukan situasi Laut China Selatan, dan memastikan hak menerajui usaha menjaga ketenteraman perairan berkenaan di tangan sendiri.