Masjid di Nigeria Runtuh, 10 Maut

2023-08-13 16:21:32  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala 25 lagi cedera apabila sebuah masjid di negeri Kaduna, utara Nigeria runtuh pada Jumaat.

Anggota penyelamat telah menemukan 10 mayat mangsa, dan menyelamatkan 25 orang yang cedera termasuk tujuh parah.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.