Perhimpunan di Seoul Bantah Jepun Lepas Air Sisa Nuklear

2023-08-13 15:54:23  CRI
Share with:

Beberapa pertubuhan alam sekitar Korea Selatan mengadakan perhimpunan di pusat bandar Seoul pada Sabtu, sebagai membantah rancangan Jepun melepaskan air tercemar dari loji nuklear Fukushima ke laut.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 7,000 orang termasuk penduduk dari pelbagai tempat negara itu.

Para penunjuk perasaan menuntut kerajaan supaya proaktif menggubal dasar bagi menghadapi isu berkenaan.