Kematian Meningkat ke 93 Orang dalam Kebakaran Hutan di Hawaii

2023-08-14 13:52:09  CRI
Share with:

Kebakaran hutan yang melanda pulau Maui, negeri Hawaii, Amerika Syarikat selama berhari-hari telah meragut 93 nyawa.

Menurut maklumat terkini kerajaan kaunti Maui di Hawaii pagi Ahad lalu, operasi memadam kebakaran hutan sedang giat dijalankan pasukan bomba. Setakat ini, selain pekan Lahaina yang mempunyai 12,000 penduduk telah musnah semuanya dalam kebakaran, masilh lagi ada 19 buah gedung di tempat lain ranap.