1.6 Juta Tan Kargo Diangkut Melalui Laluan Kereta Api Asia Tengah
Sejak beroperasinya perkhidmatan kereta api Asia Tengah yang menyambungkan Kaiyuan China dan Hai Phong Vietnam, sebanyak 4,025 perjalanan kereta api dilaporkan telah menyelesaikan pengangkutan kargo rentas sempadan sebanyak 1.6 juta tan setakat 14 Ogos.
Ini mencerminkan kerancakan urusniaga logistik antarabangsa China-Vietnam melalui laluan kereta api yang landasannya jenis meter-gage.
Untuk rekod, perkhidmatan kereta api Asia Tengah disediakan secara dua hala yang masing-masing bertolak dari Kaiyuan China dan Hai Phong Vietnam.
Perjalanan rutin tren terbabit yang bermodelkan pengendalian kereta api rentas sempadan melalui pintu sempadan Shanyao di sebelah China dan pintu sempadan Lao Cai di sebelah Vietnam.
Memetik maklumat pengarah China Railway cawangan Kunming yang bertanggungjawab urusan pemindahan pengangkutan gabungan antarabangsa di Pos Shanyao, Dong Wujun, barangan eksport yang dihantar kereta api menyusul Laluan Asia Tengah terutamanya adalah baja kimia, manakala kebanyakan barangan import adalah sulfur pada masa ini.
Pengangkutan ulang alik dengan muatan kargo penuh bukan sahaja boleh mengelakkan pembaziran sumber kereta api, tetapi juga membantu mengurangkan kos pengangkutan bagi perusahaan dari kedua-dua belah pihak.