Latihan Bersama Antikeganasan China-Thailand Bakal Diadakan

2023-08-15 11:54:10  CRI
Share with:

Latihan bersama angkatan darat China-Thailand yang berkod "Serbuan 2023" dijadual diadakan di Thailand pada pertengahan Ogos hingga awal September, kata  jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian pada Isnin. 

Menurut konsensus yang tercapai antara China dan Thailand, latihan bersama yang menumpu kepada operasi antikeganasan kali ini bertujuan untuk memperhebat kerjasama angkatan darat China-Thailand dalam usaha memerangi kegiatan pengganas.

Ia dipercayai dapat menggalakkan pembangunan hubungan tentera kedua-dua negara, sambil memainkan peranan positif dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.