Kenyataan Mesir-Jordan-Palestin Tegaskan Sokongan terhadap Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin

2023-08-15 13:06:10  CRI
Share with:

Pemimpin Mesir, Jordan dan Palestin mengadakan pertemuan di El Alamein di utara Mesir pada Isnin untuk membincangkan perkembangan terkini situasi Palestin-Israel. 

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, pemimpin ketiga-tiga negara menegaskan sokongan mereka terhadap hak dan kepentingan milik rakyat Palestin. 

Mereka berpendapat, tugas yang paling penting pada masa kini adalah untuk menetapkan jadual waktu yang jelas untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin. 

Pada masa yang sama, pemimpin ketiga-tiga negara dalam kenyataan itu komited terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyambungkan proses damai yang "serius dan pragmatik" dengan secepat mungkin. 

Sebelum pertemuan itu, pelbagai puak politik Palestin telah mengadakan satu mesyuarat di El Alamein, Mesir pada 30 Julai dengan sokongan Presiden Mesir. Mesyuarat itu mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa dialog bagi mewujudkan perpaduan domestik di Palestin.