Hoh Xil, Rumah Antelop Tibet

2023-08-15 14:28:42  CRI
Share with:

Kawasan Perlindungan Alam Semula Jadi Hoh Xil di provinsi Qinghai, barat China adalah salah satu kawasan perlindungan semula jadi terbesar dan beraltitud tertinggi di negara Tembok Besar ini.

Ia juga merupakan rumah untuk sejenis binatang perlindungan peringkat pertama China, iaitu Antelop Tibet.

Dari Mei hingga Julai setiap tahun, Antelop Tibet betina akan berhijrah ke kawasan Tasik Zonag di pedalaman Hoh Xil untuk melahirkan anak, dan kemudian membawa anak kembali ke habitat asal.

Timbalan Ketua Pusat Perlindungan Tasik Zonag, Guo Xuehu, kerap mengadakan rondaan bersama-sama pasukannya di padang pasir yang luas itu.

"Saya tak dapat mengira berapa kali ke Tasik Zonag, tapi saya bekerja di Hoh Xil selama 18 tahun," kata Guo dengan senyuman terpancar pada wajahnya.

Bagi anggota pasukan rondaan, mereka meningkatkan rondaan semasa musim pelahiran pada tahun-tahun mutakhir ini, dan membawa sebanyak mungkin anak Antelop yang terpisah dengan ibu kembali ke pusat perlindungan.

Difahamkan, sejurus anak Antelop Tibet berhenti menyusu dan boleh makan rumput sendiri, ia akan diberi latihan pemulihan sebelum dipulangkan ke kawasan liar.

Untuk rekod, laluan migrasi Antelop Tibet di kawasan perlindungan Hoh Xil juga melintasi lebuh raya Qinghai-Tibet dan landasan kereta api Qinghai-Tibet.

Justeru, pihak pengendali landasan kereta api Qinghai-Tibet turut mengambil inisiatif dengan menyediakan laluan khas untuk Antelop Tibet bermigrasi.

Selain itu, semasa musim migrasi untuk melahirkan anak, di sekitar pusat perlindungan Wudaoliang, pemandangan kumpulan Antelop Tibet betina yang dipimpin oleh ketua antelop melintasi jalan raya Qinghai-Tibet boleh kerap dilihat.

Bagi kenderaan, masing-masing akan beratur dalam barisan panjang, tidak membunyikan hon, dan memberi laluan kepada antelop untuk melintas.