Pengawal Padang Pasir Generasi Ketiga

2023-08-15 16:40:37  CRI
Share with:

Guo Xi bekerja sebagai pengawal padang pasir di Ladang Pokok Babusha di kaunti Gulang, provinsi Gansu, barat laut China.

Sebagai pengawal padang pasir generasi ketiga, beliau komited untuk berinovasi dalam usaha mengawal padang pasir, di samping mewarisi kaedah yang sedia ada.

Sebagai contoh, Guo mengacukkan tumbuhan cistanche di bawah haloxylon, iaitu sejenis pokok yang sesuai ditanam di padang pasir.

Menerusi langkah tersebut, ia berjaya meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.

Dalam tempoh lebih empat dekad lalu, dengan usaha pengawal padang pasir dalam tiga generasi, kadar liputan hutan di Ladang Pokok Babusha meningkat daripada tiga peratus kepada 70 peratus, selain mewujudkan koridor hijau penahan angin serta penetapan pasir sepanjang 10 kilometer dan selebar 8 kilometer.

Di China, terdapat sejumlah besar pengawal padang pasir seperti Guo.

Kesemua mereka berusaha gigih untuk membina halaman yang lebih sejehtera kepada generasi-generasi akan datang.