Syarikat Transnasional Berkongsi Dividen Penggunaan di China

2023-08-16 15:42:45  CRI
Share with:

Data ekonomi yang dikeluarkan pihak rasmi China pada Selasa menunjukkan bahawa ekonomi di negara ini terus pulih, antaranya penggunaan perkhidmatan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Jualan runcit perkhidmatan meningkat sebanyak 20.3 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Penggunaan perkhidmatan berkaitan bertumbuh pesat berkat peningkatan penggunaan pelancongan pada cuti sekolah musim panas serta aktiviti hiburan, budaya dan sukan. Dalam tempoh yang sama, jumlah jualan runcit sosial meningkat sebanyak 7.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Dewan Negara China melancarkan 24 langkah baru-baru ini untuk mengoptimumkan lagi persekitaran pelaburan asing yang kebanyakannya melibatkan peningkatan tahap keterbukaan dalam sektor perkhidmatan. Tokoh-tokoh dalam kalangan industri berkenaan berpendapat, gerak kerja untuk meningkatkan tahap keterbukaan dalam sektor telekomunikasi, kewangan dan biofarmaseutiks bermakna pelaburan asing mempunyai ruang perkembangan lebih luas dalam pembangunan industri perkhidmatan China. 

Laporan dari laman web "Nikkei Shimbun" baru-baru ini memetik data dari agensi perkhidmatan maklumat kewangan Wind sebagai berkata, perbelanjaan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) syarikat China yang tersenarai dalam bursa saham mencatat RMB1.6 trilion (RM1.01 trilion) pada tahun 2022, iaitu menyaksikan peningkatan kira-kira 1.6 kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu. Laporan itu juga memaklumkan, kakitangan R&D dari beberapa syarikat China merupakan sembilan puluh peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja. China berada di tangga ke-11 dalam ranking Indeks Inovasi Global 2022, iaitu meneraju blok entiti ekonomi yang berpendapatan sederhana tinggi yang mempunyai 36 anggota. 

Persekitaran yang kondusif bagi inovasi di China ini menjadi tarikan kuat bagi syarikat transnasional. Pusat R&D Xylem China dan Pusat R&D Automasi Schneider Electric China telah dilancarkan secara berturut-turut pada bulan Mac tahun ini; Studio Reka Bentuk Automobil Volvo dibuka di Shanghai pada bulan Mei; Pusat R&D Asia bagi jenama produk pencucian dan jagaan pakaian Unilever ditubuhkan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tianjin pada akhir bulan Julai... Syarikat-syarikat transnasional tersebut menumpu kepada peluang inovasi di China dan pulangan banyak yang dibawanya. Ketua Pegawai Eksekutif Honeywell, Vimal Kapur berkata pada Isnin, pihaknya penuh keyakinan terhadap pembangunan di China khususnya di bandar Shanghai pada masa depan. Pihaknya akan terus meningkatkan pelaburan dan memperincikan langkah R&D dan pengeluaran di Shanghai. 

Situasi antarabangsa tetap rumit dan meruncing buat masa ini, dan China tidak pernah berganjak dari menyahut cabaran dalam pembangunan ekonomi. 

Ekonomi China yang sangat akomodatif dan berpotensi besar, tetap berkembang ke arah yang baik dan berkualiti tinggi, dan trend ini akan dibuktikan tidak terencat.