Siapakah Yang Jejaskan Kedamaian di Laut China Selatan?
Siapakah yang melanggar persepakatan dan menjejaskan kedamaian di Laut China Selatan (LCS)?
Imbas kembali pada Mei 1999, kapal pendarat milik Filipina (LT-57) terkandas di Terumbu Ren'ai.
China segera menuntut pihak Filipina menarik balik kapal tersebut kerana ia telah mencerobohi wilayah China, dan memulihkan status tanpa manusia dan kemudahan terumbu itu.
Tetapi, jawapan yang sering diberikan Filipina adalah kapal itu mengalami kerosakan ekoran terkandas, dan akan segera meninggalkan Terumbu Ren'ai setelah ia dibaiki.
Hingga November 1999, BRP Sierra Madre masih tetap berada di sana.
Duta Besar China ke Filipina pada masa itu khusus bertemu dengan Menteri Luar Filipina, Domingo Siazon untuk menggesa pihaknya mematuhi janjinya.
Siazon pada masa itu menjawab bahawa kapal itu telah hampir dibaiki dan akan berlepas dalam tempoh seminggu. Turut sama menyertai pertemuan itu juga adalah Ketua Pengarah Pejabat Presiden Filipina pada masa itu.
‘Fast forward’ ke 24 tahun selepas itu, iaitu sekarang, BRP Sierra Madre masih di sana.
Manakala, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. baru-baru ini pula menafikan janji tersebut, bahkan menyatakan dengan lantang bahawa sekiranya janji tersebut wujud sekali pun, beliau akan terus membatalkannya.
Jangan lupa pada Januari tahun ini, Ferdinand Marcos Jr yang baru mengangkat sumpah memilih China sebagai destinasi lawatan rasmi pertama di luar ASEAN. Pada masa itu, kedua-dua negara memeterai perjanjian yang mewujudkan saluran komunikasi yang langsung antara Kementerian Luar kedua-dua negara mengenai isu LCS.
Perjanjian antara negara menjadi muslihat pihak Filipina.
Muslihat ini mencapai kemuncaknya baru-baru ini dengan mendakwa Kapal Pengawal Pantai China menembak marim air kepada kapal yang menghantar bekalan untuk anak kapal BRP Sierra Madre.
Cuba bayangkan, kalau China menghalang penghantaran bekalan kepada anak kapal BRP Sierra Madre, mana mungkin mereka bertahan selama 24 tahun?
Bagaimanapun, laluan kemanusiaan yang dibuka oleh China digunakan oleh pihak Filipina untuk menghantar bahan binaan dan memperkukuh BRP Sierra Madre bagi mewujudkan pendudukan berkekalan di terumbu Ren’ai tersebut.
BRP Sierra Madre yang berumur kira-kira 80 tahun sepatutnya dimamah usia lebih awal dengan keadaan terkandas selama 24 tahun.
Ini sudah jelas memperlihat niat Filipina mencerobohi wilayah China di LCS sejak awal.
Ia juga terbukti dengan dokumen US Naval Institute yang tercatat “The Sierra Madre had been run aground intentionally to serve as an outpost to boost the Philippines' claim to sovereignty over the Spratly islands.”
Di sebalik pertikaian LCS adalah konflik antara China dengan Filipina yang didalangi AS.
Kali ini, Kapal Pengawal Pantai China hanya mengadakan tembakan amaran dengan menggunakan meriam air dan juga tidak menyasarkan kapal pihak Filipina. Tapi Jabatan Negara AS segera mengancam bahawa serangan terhadap Kapal Pengawal Pantai Filipina akan mengaktifkan Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina.
Pihak AS juga menghasut Filipina menghantar bahan binaan untuk memperkukuh BRP Sierra Madre, bahkan menghantar kapal dan pesawat tentera AS untuk menyokong tindakan Filipina.
Tengoklah siapakah yang selalu menanti-nantikan perang tercetus di LCS!
Sebenarnya BRP Sierra Madre sendiri telah memperlihatkan peranan AS sebagai pendalang dan penghasut kepada situasi Laut China Selatan.
BRP Sierra Madre ini adalah kapal pendarat kereta berperisai yang dikeluarkan oleh AS pada tahun 1944. Kemudian ia disediakan kepada Vietnam Selatan dalam Perang Saudara Vietnam. Selepas itu, ia diserahkan kepada Filipina, akhirnya menjadi “paku” penting AS untuk mencampuri isu LCS.