Kereta Jenama China Gamit Pengunjung di Indonesia

2023-08-16 12:58:41  CRI
Share with:

Pameran Kereta Antarabangsa Indonesia 2023 sedang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Indonesia di Tangerang, Banten.

Di sepanjang pameran itu, kereta jenama China berjaya menarik ramai pengunjung.

Untuk rekod, Indonesia antara negara pengeluar kereta utama di Asia Tenggara. Terdapat banyak syarikat kereta China melabur dan menubuhkan kilang di negara itu.