Krisis Kemanusiaan di Sudan Jadi 'Malapetaka Besar-besaran': IOM

2023-08-16 15:50:24  CRI
Share with:

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Sudan telah bertukar menjadi 'malapetaka besar-besaran' yang membawa ancaman kepada keselamatan jutaan rakyat negara itu.

Menurut data IOM, terpapat kira-kira 24.7 juta penduduk yang mewakili separuh daripada populasi keseluruhan Sudan kini memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan.

Seramai lebih 4.4 juta penduduk melarikan diri dari tanah air mereka, antaranya lebih sejuta pelari memilih berjalan merentasi sempadan ke negara jiran untuk mendapat perlindungan. Manakala, 6.3 juta penduduk berada di ambang kebuluran, dan jutaan warganya menghadapi kekurangan bekalan bahan makanan, air minuman, bekalan elektrik dan barang keperluan yang lain.

Data berkenaan turut menunjukkan, lebih 80 peratus hospital di Sudan telah berhenti dalam menyediakan perkhidmatan, dan kira-kira empat juta kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu memerlukan bantuan kesihatan kecemasan. Lebih 4.2 juta wanita terdedah kepada ancaman keganasan disebabkan gendernya.