Sejarah Penjajahan AS di Hawaii, Puncanya Kurang Pantas Padamkan Kebakaran

2023-08-17 16:32:16  CRI
Share with:

Menurut maklumat terkini didedahkan Gabenor negeri Hawaii, Amerika Syarikat (AS), Josh Green, kebakaran hutan yang melanda pulau Maui telah meragut 110 nyawa.

Media AS menunjukkan bahawa tindakan kerajaan AS yang kurang pantas dalam memadamkan kebakaran ini dan sikap tidak percaya yang ditunjukkan penduduk asli terhadap kerajaan memperlihatkan trauma yang teruk yang menghantui penduduk asli akibat sejarah penjajahan AS di Hawaii.

Terletak di belakang kawasan hotel di pantai Lahaina yang menjadi tumpuan pelancong, adalah kawasan setinggan yang uzur untuk kediaman penduduk asli.

Menurut majalah National Geographic, Hawaii bukan "syurga yang beraneka budaya", sebaliknya tapak perjuangan ramai penduduk asli yang dihantui trauma sejarah akibat penjajahan AS. Mereka masih menghadapi diskriminasi dalam pelbagai bidang termasu pendidikan, ekonomi malah sistem kehakiman. Kawasan setinggan untuk kediaman mereka pula terperangkap dalam kemiskinan, manakala hampir 20% orang tanpa rumah di Hawaii adalah penduduk asli.

Untuk rekod, Empayar Hawaii ditelan AS pada 1898, kemudian dijadikan salah satu negeri di bawah pemerintahan AS pada 1959. Sejak abab ke-19, penjajah AS mula merampas tanah, meneroka hutan dan tanah paya untuk membina kebun tamanan di kepualauan itu.