Adakah Politikus AS Tersinggung dengan Kebakaran di Hawaii?

2023-08-17 23:37:58  CRI
Share with:

Setakat 17 Ogos waktu tempatan, kebakaran hutan di pulau Maui, Hawaii masih tidak dikawal sepenuhnya.
Walaupun tidak kekurangan dana dan juga teknologi, Amerika Syarikat (AS) selaku negara gergasi di dunia, tetap menunjukkan keupayaannya yang kurang pantas dalam tindakan menyelamat semasa berlakunya kebakaran yang turut mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Menurut laporan media tempatan, Hawaii mempunyai sistem amaran awal keselamatan awam yang hebat, yang dilengkapi dengan kira-kira 400 siren termasuk 80 yang terpasang di pulau Maui. Namun, kesemua siren tersebut tidak berbunyi ketika pulau itu ditelan api.

Washington Post dalam satu laporannya menyatakan, yang bertindak pantas dalam operasi menyelamat bukan kerajaan AS, melainkan penduduk tempatan.

Presiden AS Jon Biden berada dalam tempoh bercuti semasa berlakunya bencana kebakaran di pulau Maui. Ketika ditanya mengenai jumplah kematian dan kecederaan di pulau itu, Biden menjawab "tidak ada komen”dengan senyum, dan gelagat itu turut mengundang teguran dari masyarakat umum.

Terdapat laporan media AS yang menunjukkan, Biden mungkin menganggap bahawa beliau pasti boleh menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Hawaii yang merupakan kawasan dominasi Parti Demokratik. Akhirnya, bencana alam bertukar menjadi malapetaka yang berkaitan rapat dengan kecuaian, yang dipercayai tidak terlepas dari permainan politik yang berkisar pada jumlah undi dan tindakan politikus yang hanya mahu mengaut laba.

Menurut perangkaan pada fasa sekarang, kebakaran hutan di pulau Maui telah mengakibatkan ratusan keluarga kehilangan rumah, dan membawa kerugian sebanyak USD6 bilion (RM27.8 bilion) ekoran perumahan yang ranap. Setakat 15 Ogos lalu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS telah memperuntukkan kira-kira USD2.3 juta (RM10.7 juta) untuk bantuan bencana kebakaran di Hawaii. Yang ironik itu, kerajaan Biden mengumumkan akan menghulurkan lagi bantuan ketenteraan bernilai USD200 juta (RM929 juta) kepada Ukraine pada 14 Ogos.

Pada masa ini, kebakaran hutan masih merebak di Hawaii. Berhadapan seruan mangsa bencana dan kritikan tajam dari masyarakat, adakah politikus AS tersinggung dan kemudian bertindak rasional, dengan mengalihkan fokusnya ke operasi menyelamat dalam negerinya , dan bukan asyik menghasut atau mencetuskan pergolakan di arena antarabangsa?