10 Nyawa Diragut dalam Nahas Udara Shah Alam
Nahas udara di bandar Shah Alam, negeri Selangor, Malaysia telah meragut 10 nyawa, termasuk 8 penumpang dan anak kapal di pesawat serta seorang pemandu motosikal dan seorang lagi pemandu kereta.
Demikian diesahkan Ketua Polis Negeri Selangor Malaysia semalam.
Menurut pengumuman yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada hari yang sama, sebuah pesawat jenis Beechcraft terhempas di Shah Alam.
Dimaklumkan, pesawat berkenaan bertolak dari Langkawi pada pukul 2.08 petang, dan mendapat keizinan mendarat di Subang pada pukul 2.47. Bagaimanapun menara pengawal mengesan asap gelap di tempat kejadian pada pukul 2.51 dengan tanpa menerima isyarat kecemasan untuk minta pertolongan.