Presiden Belarus Ditemui Menteri Pertahanan China

2023-08-18 14:38:11  CRI
Share with:

Presiden Belarus Alexander Lukashenko telah ditemui Menteri Pertahanan China, Li Shangfu di Minsk pada Selasa.

Lukashenko meminta Li menyampaikan salam ikhlas daripada semua rakyat Belarus kepada Presiden China, Xi Jinping. Kata beliau, Belarus dan China mempunyai banyak kebersamaan dalam pelaksanaan dasar luar, negeranya teguh menyokong visi dan inisiatif Presiden Xi dan bersedia bersama China menyumbang kepada usaha memelihara kedamaian dunia. Hubungan tentera kedua-dua negara berkembang dengan baik, dan kedua-dua pihak diharap berganding bahu memainkan peranan konstruktif dalam memelihara keselamatan negara masing-masing dan kestabilan serantau.

Setelah menyampaikan salam Presiden Xi kepada Lukashenko, Li menyatakan bahawa China bersedia bersama Belarus menggerakkan hubungan bilateral berkembang ke arah substantif, saling menguntungkan dan menang-menang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Hubungan tentera yang sudah membuahkan hasil yang melimpah juga dikehendaki dipacu terus di bawah arahan Presiden kedua-dua negara.