Ci Sha, Anak Asal Liangshan

2023-08-18 16:08:58  CRI
Share with:

Baru-baru ini, filem Creation of The Gods: Kingdom of Storms yang berasaskan lagenda Dinasti Zhou menggulingkan Dinasti Shang pada lebih 1000 tahun sebelum Masehi telah menjadi filem paling hangat di China pada musim panas ini.

 

Pelbagai unsur menarik yang boleh didapati dalam filem tersebut.

 

Ia termasuk kebanyakan pelakon muda yang tidak berpengalaman dalam bidang ini dan menyertai uji bakat filem yang melibatkan kemahiran kungfu, gym, menunggang kuda dan memanah serta pengetahuan tentang sejarah dan budaya tradisional selama 8 bulan.

 

Lebih menarik, semua ini dimulakan pada lebih kurang 10 tahun yang lalu.

 

Antaranya termasuk pelakon Dewa Erlang, Ci Sha, seorang anak etnik Yi dari Liangshan, provinsi Sichuan.

 

Hingga 2020, kawasan Liangshan masih merupakan kawasan miskin yang terakhir di seluruh negara China.

 

Satria dulu pula pernah berkongsi cerita mengenai kerajaan menggunakan helikopter Mi-26 yang paling besar di dunia untuk membina jalan sepanjang 3.8 kilometer, ke kampung Abuloha, kampung terakhir yang belum ada jalan ke luar dalam penggunungan ketika itu.

 

Oleh itu, ketika Ci Sha diberitahu terpilih memasuki kem latihan filem tersebut pada tahun 2018 (meskipun dengan latihannya akan sangat sukar), beliau berasa sangat bertuah sebab kehidupannya dalam penggunungan sejak kecil jauh lebih sengsara berbanding latihan yang mencabar.

 

Kem latihan filem Creation of The Gods: Kingdom of Storms mengubah nasib Ci Sha. Ia membuka pintu bagi beliau untuk lebih banyak berlakon dalam filem dan drama televisyen. Lebih manis, nasib penduduk kampung Ci Sha di kawasan pergunungan Liangshan turut sama berubah.

 

Dalam Sukan Universiti Dunia yang baru melabuhkan tirai di Chengdu, provinsi Sichuan, Wazha Morige, gadis etnik Yi kawasan Liangshan yang hanya berumur 15 tahun terpilih sebagai pembawa obor.

 

Beliau terpilih menyertai latihan bola sepak berikutan kebolehannya berlari dengan kadar yang amat pantas ketika masih berada di bangku sekolah rendah. Setelah membawa pasukan sekolah memenangi pertanding tempatan, beliau terpilih memasuki sekolah menengah di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan. Kemudian, ia bersama-sama kawan-kawan mendapat tempat kelima dalam pertandingan sekolah menengah seluruh negara.

 

Kini, sasaran Wazha Morige adalah melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadi seorang jurulatih bola sepak. Kemudian, beliau mahu kembali ke kampung, untuk membawa lebih banyak kanak-kanak tempatan keluar dari kawasan pergunungan.

 

Selain filem dan sukan, menerima pendidikan merupakan jalan yang lebih luas bagi kebanyakan kanak-kanak di kawasan Liangshan untuk bukan sahaja mengubah nasib diri, bahkan juga sekeluarga.

 

Setakat hujung 2021, di kawasan Liangshan telah terdapat 1837 sekolah rendah, sekolah menengah dan tadika, melibatkan 1.27 juta pelajar.

 

Melalui platform media sosial. Satria mendapati setiap sekolah tempatan mengumumkan kos operasinya dalam akaun masing-masing. Manakala bayaran makanan tengah hari di semua tadika ditanggung oleh pihak kerajaan.

 

China juga ada sistem yang menyokong belia dari kawasan yang maju menggunakan satu atau dua tahun untuk membuat sangkutan (attachment) ke kawasan miskin seperti Liangshan, untuk menyokong perkembangan dalam pelbagai bidang.

 

Kini, pembasmian kemiskinan berjaya diwujudkan di seluruh negara China termasuk 11 kaunti di Liangshan. Kerajaan sedang membawa penduduk tempatan berusaha membangkitkan kampung baharu dengan menggalakkan pelancongan, pertanian moden dan warisan budaya seperti sulaman tradisional etnik Yi.