William Lai, Pembuat Kacau
Timbalan Pemimpin Taiwan, William Lai telah mengakhiri lakonan politiknya di Amerika Syarikat (AS) semalam, setelah mendapat layanan 'sejuk' yang sengaja diberikan oleh Washington. Bantahan keras yang ditunjukkan oleh rakyat Taiwan serta diaspora Cina di AS dalam demonstrasi jalanan dengan slogan yang dilaungkan mereka seperti "menentang kemerdekaan Taiwan" dan "kemerdekaan Taiwan menghadapi jalan buntu", membuktikan lagi bahawa William Lai justeru seorang pembuat kacau.
Kini, "keadaan sekarang" isu Taiwan merupakan topik hangat di bibir khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China. Meskipun perselisihan politik masih wujud antara kedua-dua pantai Selat Taiwan untuk sekian lama, namun kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China tidak pernah dipecahbelah. Kedamaian dan kestabilan selat Taiwan yang terjejas teruk sejak tahun 2016, terutamanya berpunca dari pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan yang bertindak menggoyangkan asas politik, berdegil menolak "Persefahaman 1992" yang menjunjung prinsip Satu China, dan bersekongkol dengan kuasa luar bertubi-tubi mencetuskan provokasi.
Willian Lai menyifatkan diri sebagai "pegawai yang pragmatik demi 'Kemerdekaan Taiwan'". Ketika diwawancara oleh Agensi Bloomberg tidak lama dahulu, dia sekali lagi menggembar-gemburkan "Taiwan yang sudah wujud selaku satu negara yang merdeka, bukanlah sebagian daripada Republik Rakyat China" dan "Republik China dan Republik Rakyat China tidak dimiliki masing-masing". Terdedahlah wajah benarnya untuk "kemerdekaan Taiwan" di bawah topeng "kedamaian".
Sementara itu, William juga giat menguar-uarkan "ancaman dari Tanah Besar" untuk mengalihkan perhatian umum kepada "bayaran perlindungan" yang memerlukan satu dalih. Sentimen "permusuhan dan rasa benci terhadap China" yang dihasut William hanya akan menjeret Taiwan ke dalam kancah peperangan yang semakin kritikal.
William Lai digesa menyedari bahawa arus zaman tentang pembangkitan nusa dan bangsa dan penyatuan semula tanah air adalah tidak terhalang oleh sesiapa pun dan kuasa mana pun. Pembuat kacau yang mengkhianati nenek moyang yang "mengusahakan kemerdekaan dengan bersandar pada kuasa luar" ditakdir akan menjadi pekung busuk pada dada.