Timbalan Speaker Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan Ditemui Presiden CMG

2023-08-20 14:49:04  CRI
Share with:

Timbalan Speaker Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan, Solomon Lechesa Tsenoli ditemui Naib Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong serta rombongannya yang sedang dalam lawatan di Cape Town pada Sabtu. Tsenoli mengucapkan tahniah kepada CMG yang telah mencapai perjanjian kerjasama dengan MultiChoice Group, platform satelit siaran langsung yang terbesar di Afrika.

 “Pelbagai lapisan masyarakat Afrika Selatan sedang menanti-nantikan lawatan Presiden Xi Jinping, dan hubungan persaudaraan Afrika Selatan dan China dipercayai akan membuahkan hasil dalam kerjasama pelbagai bidang bagi menggalakkan perkembangan orde antarabangsa ke arah yang lebih adil dan munasabah,” kata beliau. 

Shen Haixiong dalam pertemuan itu berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara China dan Afrika Selatan dan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

“Dengan berpandukan arahan dari pemimpin kedua-dua negara, pertukaran dan kerjasama antara China dan Afrika Selatan meningkat ke tahap lebih tinggi berbanding tempoh sebelum ini. 

“CMG bersedia mengintensifkan kerjasama dengan Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan, memupuk persahabatan di kalangan rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika Selatan yang holistik,” kata Shen.

Semasa pertemuan dengan Tsenoli, Shen Haixiong juga menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak akan mengambil peluang daripada penyertaan President China Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-15 dan lawatan rasmi ke Afrika Selatan untuk memperkasa kerjasama dalam bidang berita, dokumentari dan media baharu bagi memainkan peranan yang lebih besar dalam mendorong pertukaran dan kerjasama China-Afrika dalam bidang sosiobudaya dan membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang lebih rapat.