Hayati Pembangunan Berkualiti Tinggi Beijing di Taman Shougang

2023-08-21 15:45:02  CRI
Share with:

Ketika melawat ke Kuala Lumpur bulan lalu, Satria dibawa bersiar-siar ke Kwai Chai Hong, lorong usang yang kini menjadi lokasi viral.

 

Pelancong dari pelbagai negara kelihatan berbaris panjang di depan beberapa restoran dan kedai kopi. Kelihatan ramai pelancong turut bergambar di depan dinding yang dihiaskan dengan lukisan yang menarik.

 

Ketika itu, Satria berasa ‘deja-vu’ dan lorong itu terus membawa kembali Satria sewaktu berada di Taman Shougang, kilang besi dan keluli yang bersejarah lebih 100 tahun yang kini menjadi taman santai bagi penduduk Beijing.  

 

Taman Shougang sangat dekat dengan rumah Satria, dan agak kerap Satria bawa si kecil untuk berjalan-jalan di sana.

 

Kebetulan minggu lalu ada dua kawan-kawan dari media Malaysia membuat sangkutan di CMG pejabat Satria, jadi Satria mengambil peluang membawa mereka berjalan-jalan ke Taman Shougang.

 

Walaupun relau yang bergergasi masih berdiri tegak di Shougang, tetapi ia kini panas bukan kerana membakar besi, tetapi terus ‘panas’ sebagai sebuah taman rekreasi dengan pelbagai pusat beli belah dan fasiliti untuk orang awam bersantai, sekali gus menarik perhimpunan industri seperti sains dan teknologi, fiksyen sains, sukan, budaya dan perdagangan.

 

Platform Big Air untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah menjadi mercu tanda baharu di sini. Ramai rombongan pelancongan dari bandar lain kelihatan menaiki Big Air untuk menghayati perasaan Elieen Gu dan Su Yiming ketika bersaing untuk mendapat pingat emas Sukan Olimpik.

 

Dan tidak lama lagi, iaitu pada musim sejuk tahun ini, Big Air Shougang akan dipulihkan menjadi tapak pertandingan untuk Piala Dunia Papan Salji dan Gaya Bebas Persatuan Ski Antarabangsa (FIS) 2023-2024.

 Bagi dua orang rakan media Satria dari Malaysia, pengalaman paling menarik mereka adalah mencuba teksi tanpa pemandu yang beroperasi dalam taman tersebut.

 

Sebelum ini, bas tanpa pemandu telah berkhidmat di sini untuk membantu menghantar para atlet semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Selepas itu teksi tanpa pemandu hasil kerjasama syarikat kereta elektrik EV dan syarikat teknologi tinggi yang lain pula memulakan uji cuba di sini.

 

Satria masih ingat ketika buat kali pertama mencuba teksi tanpa pemandu ini di Taman Shougang pada awal tahun ini, meskipun kereta boleh operasi secara automatik, tapi masih ada seorang pemandu yang ‘stand-by’ duduk di depan sekiranya mengalami keadaan cemas dalam uji cuba.

 

Dan bayaran untuk teksi ini adalah RMB100 yang disediakan ke dalam e-dompet Satria. Ini pula adalah satu uji cuba bagi penggunaan e-RMB.

 

Namun, pada kali ini, memanggil teksi tanpa pemandu dan membayar sudah semudah seperti panggil Uber. Bayaran pula turun kepada RMB30.

 

Dan ketika bersama-sama kawan Malaysia memasuki teksi itu, Satria mendapati sudah tiada pemandu duduk di depan lagi, secara tidak langsung menandakan sistem operasi secara automatik sudah cukup matang.

 

Teksi tanpa pemandu telah keluar dari kawasan uji cuba dan memulakan operasi komersial di kawasan tertentu di Beijing, Shenzhen, Chongqing, Wuhan dan pelbagai bandar yang lain.

 

Kawan–kawan dari Malaysia turut mengeluarkan telefon untuk merekod pengalaman yang unik ini. Khususnya ketika tengok teksi ini membelok dengan lancar dan menurunkan kelajuan sambil membunyikan hon ketika mendapati ada orang di depan.

 

"Ia bukan sahaja mengekalkan ingatan sejarah perkembangan industri besi dan keluli Beijing, tetapi juga menyediakan enjin kuasa baharu bagi ibu kota untuk menukar sangkarnya dan bergerak ke arah pembangunan 'berteknologi tinggi' dalam era baharu."

 

Itulah yang dinukilkan seorang kawan Malaysia untuk menggambarkan apa yang dilihatnya di Taman Shougang.