'NATO Mini' di Asia-Pasifik Pasti akan Menemui Kebuntuan

2023-08-21 15:39:41  CRI
Share with:

Sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-Jepun-Korea Selatan kali pertama berakhir di Camp David pada Sabtu waktu Beijing. Pemimpin ketiga-tiga negara tersebut telah 17 kali menyebut nama China dalam sidang media. Tiga dokumen kenyataan pula mengheboh-hebohkan isu mengenai isu kawasan Selat Taiwan dan Laut China Selatan, menjual“kebimbangan keselamatan”, menghasut pelbagai pihak “bertindak menangkis ancaman”, serta mencampuri urusan dalaman China.

Ini membuktikan bahawa AS yang mendakwa pihaknya tidak menyasarakan China, manun tindakannya bukan begitu.

AS memanggil dua 'adiknya' dari Asia untuk bermesyuarat di Camp David kerana ia menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pembinaan 'NATO edisi Asia' dalam jangka waktu yang pendek. Oleh itu, Washington hendak bersama-sama Jepun dan Korea Selatan untuk membina 'NATO mini' demi melaksanakan strategi Indo-Pasifiknya.

Apakah sidang kemuncak tersebut dapat membantu AS membina 'NATO mini' di Asia?

Menurut maklumat yang disiarkan melalui laman web White House, dokumen yang dicapai sidang tersebut termasuk pembentukan mekanisme perbincangan, peningkatakan kerjasama keselamatan, ekonomi, teknologi, kesihatan global dan kerjasama kalangan rakyat. Dokumen tersebut kelihatan ada banyak idea, tetapi kurang formula dan rancangan konkrit.

Walaupun Jepun dan Korea Selatan ialah rakan sekutu AS, tetapi kedua-dua negara ini juga mempunyai fikiran sendiri. Terdapat pertentangan yang sukar dihapuskan antara ketiga-tiga negara tersebut. Jepun hendak melepaskan diri daripada belenggu Perlembagaan Damai dan seterusnya mewujudkan impian untuk menjadi negara ketenteraan kuat melalui pembinaan 'NATO mini' di Asia-Pasifik. Walau bagaimanapun, Jepun terpaksa mengambil kira hubungan ekonomi yang erat dengan China, iaitu rakan dagang terbesarnya. Jika berkonfrontasi dengan China, ia tidak sesuai dengan kepentingan Tokyo.

Bagi Korea Selatan pula, negara itu hendak menjadi hab sejagat melalui hubungan sekutu ketiga-tiga negara tersebut. Tetapi hubungan antara Korea Selatan dengan Jepun tetap menjadi kelemahan dalam hubungan sekutu tersebut. Pihak berkuasa Korea Selatan mengetepikan maruah negara dan perasaan rakyat dan membaiki hubungan dengan Jepun. Tetapi sentimen bertentangan tetap wujud antara rakyat kedua-dua negara itu.

Sementara itu, masih terdapat perselisihan pendapat antara AS dengan Korea Selatan. Akta Cip dan Sains dan Akta Pengurangan Inflasi yang dikuatkuasakan oleh AS memberi tempias besar kepada industri semikonduktor dan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang menjadi nadi ekonomi Korea Selatan. Sama ada kedua-dua negara itu dapat mengetepikan perselisihan demi perbincangan dan kerjasama masih meninggalkan tanda tanya.

Sidang kemuncak tiga negara kali ini sebenarnya adalah hendak membuat krisis di Asia-Pasifik dan ia nescaya dibantah keras oleh negara-negara di rantau ini. 'NATO mini' di Asia-Pasifik pasti akan menemui kegagalan kerana ia bertentangan dengan aspirasi rakyat serantau yang mahukan kedamaian dan pembangunan. Sebarang tindakan yang akan membawa perpisahan dan konfrontasi pasti akan dibantah oleh negara dan rakyat yang mencintai kedamaian.