Kain Broked Etnik Li: Dari Pulau Hainan ke Pentas Dunia
Lijin, sejenis kain broked hasil kerajinan
etnik Li, merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan
busana tradisional masyarakat tempatan.
Chen Mengli, seorang wanita etnik Li yang berasal dari Wuzhishan, provinsi Hainan di selatan China.
Seperti sirih pulang ke gagang, Chen yang bercita-cita menaikkan nama produk lijin di mata dunia, memutuskan untuk meneroka bidang keusahawanan setelah tamat pengajian di universiti.
Pada 2018, Hainan dipilih menjadi lokasi membina pelabuhan perdagangan bebas terbesar dunia, sekali gus bergelar 'tanah tinggi' baharu keterbukaan China.
Dengan peluang itu, Chen berjaya membawa kain broked lijin ke pentas dunia.
Kerjaya yang dirintis beliau turut memberi kesan limpahan apabila semakin ramai penduduk tempatan mendapat peluang pekerjaan di kampung sendiri.