Iran Optimistik Terhadap Pemulangan Aset Beku

2023-08-22 12:29:19  CRI
Share with:

Proses memulangkan aset Iran yang dibekukan oleh kerajaan Korea Selatan telah dimulakan, dan pihak Iran optimistik atas prospek pelaksanaan perjanjian berkaitan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada 21 Ogos.

Menyentuh isu pertukaran tahanan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk mencairkan dan memulangkan aset Iran yang dibekukan di Korea Selatan, jurucakap itu mengesahkan bahawa Iran telah mencapai perjanjian dengan Korea Selatan dan proses pemulangan aset sudah dimulakan.

Nasser Kanaani menyatakan tempoh pelaksanaan perjanjian tersebut adalah dua bulan secara maksimum. Iran optimistik terhadap prospek pelaksanaan perjanjian itu dan akan terus melindungi asetnya di luar negara melalui saluran diplomatik dan undang-undang.