Tidak Boleh Diam Saja Atas Pelepasan Air Tercemar Nuklear Jepun

2023-08-22 15:19:23  CRI
Share with:


Tidak lama sebelum ini, ketika promosi filem Barbie ‘bersaing’ dengan filem Oppenheimer yang ditayangkan serentak, istilah “Barbenheimer” tiba-tiba menjadi viral dalam media sosial.

 

Apabila mendengar istilah itu, Jepun serta-merta membantah dengan keras, kononnya mereka cukup sensitif dengan isu yang berkaitan dengan nuklear.

 

Tapi semalam, kerajaan Jepun mengumumkan air tercemar nuklear dari loji nuklear Fukushima akan dilepaskan ke laut pada 24 Ogos…

 

Ya, sensitif dengan filem yang menggambarkan letupan bom nuklear, tapi pada masa yang sama membiarkan lebih 1.3 juta tan air tercemar nuklear mengalir ke seluruh dunia.

 

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyatakan akan menjelaskan keputusan kerajaan kepada kalangan perikanan domestik dan juga berusaha mendapat persefahaman dari China ketika meninjau ke Loji Nuklear Fukushima No.1 kelmarin.

 

Penjelasan itu tidak bermakna apa pun bagi para nelayan Jepun, khususnya mereka yang hidup di Fukushima. Mereka dilanda tsunami, mengalami kebocoran loji nuklear dan kini sekali lagi menjadi korban oleh kerajaan.

 

Selepas pertemuan dengan Fumio Kishida, Pengerusi Persatuan Nelayan Seluruh Jepun, Sakamoto Masanobu menyatakan bahawa pendirian mereka untuk membantah pelepasan air tercemar nuklear ke laut tidak berubah.

 

Pihak China juga tidak mungkin mencapai persepakatan dengan Jepun mengenai kaedah penanganan yang sedemikian.

 

Berdasarkan laporan Agensi Berita Kyodo, kerajaan China dan Rusia bersama-sama menyerahkan senarai 20 soalan kepada Jepun pada bulan lalu dan juga mencadangkan Jepun mengewapkan air tercemar nuklear ke udara. Kaedah ini pernah diguna untuk menangani kejadian kebocoran Loji Nuklear Three-Miles Island di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979.

 

Sayangnya, cadangan tersebut ditolak juga oleh kerajaan Jepun. Jawapan mereka mudah, iaitu kerana kos langsung melepaskan ke laut hanya 1/10 saja berbanding kos untuk mengewapkan air tersebut.

 

Sejak 2013 hingga 2020, kerajaan Jepun telah membincangkan pelbagai kaedah untuk menangani air tercemar nuklear di Fukushima. Akhirnya, mereka berpendapat bahawa melepaskannya ke laut adalah kaedah yang paling mudah, kosnya terendah dan “tidak akan mengeluarkan bahan nuklear lagi dalam proses”.

 

Betul juga, setelah wap dilepaskan ke udara, bahan radiaktif akan ditinggalkan di Jepun sahaja. Manakala dengan pelepasan ke laut, pencemaran radioaktif akan dipikul oleh seluruh dunia.

 

Yang hairan, kerajaan Barat, pelbagai pertubuhan antarabangsa, bahkan NGO atau tokoh yang selalu bersuara lantang memelihara alam sekitar kali ini diam saja mengenai ancaman ekologi global yang begitu teruk.

 

Bahkan kerajaan Korea Selatan yang paling dekat dengan Jepun pula menyatakan bahawa keputusan itu terserah kepada kerajaan Jepun, dan tidak perlu menyelaraskannya dengan negara lain.

 

Pada 16 Ogos, kira-kira 40 ribu penduduk Korea Selatan, termasuk nelayan mengemukakan aduan kepada mahkamah negara itu, mendakwa Presiden dan kerejaan tidak mengambil langkah menghalang Jepun melepaskan air tercemar nuklear ke laut.

 

Bagaimanapun, menghadapi persoalan dari parti pembangkang, Perdana Menteri Korea Selatan, menyatakan bersedia minum air tersebut untuk membuktikan ia adalah selamat.

 

Cuba fikir, kalau air itu adalah selamat dan boleh minum, mengapa Jepun masih menggunakan kira-kira 10 tahun untuk menyimpannya dalam tangki? Mengapa ia memilih melepaskannya ke laut, bukan digunakan semula?

 

Amerika, Jepun, Korea Selatan dan pelbagai negara sekutunya selalu menyifatkan mereka sebagai persekutuan tata nilai. Tapi menghadapi insiden pencemaran global yang paling teruk, tata nilai demokrasi, saintifik, kawalan ekologi dan lain-lain yang selalu disuara lantang oleh mereka dibiarkan saja dengan agenda politik bersama.

 

Tapi China, Asia Tenggara dan negara-negara kepulauan Pasifik tidak boleh diam saja, sebab kita yang berada di barisan paling hadapan untuk menghadapi impak dari pencemaran nuklear dari Jepun.