China Bantah Keras Pelepasan Air Sisa Radioaktif Jepun ke Laut

2023-08-23 14:41:01  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun mengumumkan akan melepaskan air sisa radioaktif dari Loji Fukushima ke laut bermula 24 Ogos, tanpa mempedulikan kebimbangan serius dan bantahan keras dari masyarakat antarabangsa. Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu langsung menyebabkan seluruh dunia terdedah kepada risiko pencemaran nuklear.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Selasa.

Wang berkata, kesahan dan keselamatan pelan pelepasan air sisa radioaktif ke laut oleh Jepun sentiasa dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa dalam tempoh dua tahun ini.

"China menggesa pihak Jepun membetulkan keputusan salah itu, menarik balik pelan pelepasan air sisa radioaktif ke laut, berdialog dengan negara-negara jiran dengan sikap ikhlas, merawat air tercemar dengan sikap bertanggungjawab, dan menerima pemantauan masyarakat antarabangsa" katanya.