Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut, Kredit Jepun Musnah

2023-08-23 14:45:18  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun pada 22 Ogos mengumumkan bahawa pihaknya akan mula melepaskan air sisa radioaktif dari loji Fukushima ke laut pada 24 Ogos. 

Pada hari yang sama, rakyat Jepun, pertubuhan antarabangsa dan negara-negara di pesisir pantai Pasifik masing-masing mengutuk keputusan Jepun itu dan menuntut negara itu menarik balik keputusan tersebut.

Sejak kerajaan Jepun mengumumkan pelan pelepasan air sisa radioaktif ke laut pada dua tahun lepas, kesahan dan keselamatan pelan itu sentiasa dipersoalkan.

Bagi meredakan kemaharan orang awam, kerajaan Jepun dan Syarikat Janakuasa Elektrik Tokyo (Tepco) memberi memberi komitmen kepada rakyat negara itu dan masyarakat antarabangsa bahawa pelepasan air sisa tidak akan dilalukan sebelum mendapat persefahaman dari pihak-pihak berkepentingan.

Namun, realitinya Jepun cakap tak serupa bikin.  

Yang menjadi mangsa penipuan itu bukan sekadar rakyat Jepun sahaja. Dalam tempoh dua tahun ini, Jepun giat melobi masyarakat antarabangsa supaya yakin pelan pelepasannya adalah“selamat”. Dalam pada itu, negara itu juga mengunakan sebutan "air sisa dirawat", menggantikan "air sisa radioaktif".

Selain itu, kerajaan Jepun juga cuba mendapatkan 'permit' dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melalui sumbangan derma wang.

Menurut laporan media Korea Selatan, sebelum IAEA mengeluarkan laporan penilaian muktamad,  kerajaan Jepun sudah memperoleh draf laporan itu lebih awal dan mengemukakan cadangan pemindaan substantif. Selain itu, pegawai Jepun juga memberikan 'wang politik' lebih sejuta euro kepada pegawai IAEA.  

Menurut Konvensyen Undang-undangn Laut PBB (UNCLOS), semua negara bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar laut. Sebagai negara anggota, Jepun wajib memikul tanggungjawab seumpama.

Di samping itu, masyarakat antarabangsa berhak untuk membawa isu itu ke muka pengadilan dan menuntut pampasan. Jepun yang telah membuka "kotak Pandora", kreditnya telah musnah.