Rakyat Korea Selatan Bantah Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut

2023-08-23 15:26:59  CRI
Share with:

Beberapa organisasi perlindungan alam sekitar dari Korea Selatan mengutuk sekeras-kerasnya pelan pelepasan air sisa radioaktif ke laut oleh Jepun dan menuntut Jepun menarik balik pelan itu serta merta.

Gerakan Bersama Boikot Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut, satu pertubuhan kalangan rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan di depan kedutaan besar Jepun di Seoul, menzahirkan bantahan keras terhadap pelan pelepasan Jepun yang akan dimulakan pada 24 Ogos ini.

Menurut organisasi itu, pakar-pakar berkaitan telah memberikan pandangan mengenai ketidakpastian keselamatan pelepasan air sisa radioaktif ke laut dan menuntut Jepun mengemukakan pelan alternatif. 

Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun berkeras melaksanakan pelan yang paling menjimatkan wang dan paling mudah itu.

Pertubuhan tersebut turut mengutuk kerajaan Korea Selatan membiarkan pelan pelepasan Jepun dan menuntutnya menzahirkan bantahan dengan sikap yang bertanggungjawab.