BRICS+, Platform Kerjasama Terbuka Bagi Semua
Konsep BRIC dikemukakan oleh bekas Menteri Kewangan Britain, Jim O’Neill pada tahun 2001.
Menurut jangkaannya, kuota ekonomi negara-negara China, Rusia, India dan Brazil akan meningkat secara besar-besaran.
Hingga hari ini, beliau tetap yakin bahawa suara BRICS akan semakin lantang berbanding G7.
Memetik data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), nisbah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara-negara BRICS dalam keseluruhan global meningkat daripada 8.4 peratus kepada 25.8 peratus dari 2001 hingga 2022.
Manakala nisbah KDNK G7 menyaksikan penurunan daripada 64.6 peratus kepada 42.9 peratus dalam 20 tahun yang lalu.
Sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-15 yang sedang berlangsung di Johannesburg, ada suara-suara yang mempersoalkan prospek BRICS berikutan kemerosostan Brazil dan Rusia serta hubungan yang tegang antara China dengan India.
Mari kita jawab dari sudut fakta.
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa sebagai tuan rumah telah mengundang hampir semua pemimpin Afrika dan “Global South” untuk menghadiri sidang kemuncak kali ini.
Sejak China mengumumkan mekanisme BRICS+ pada tahun 2017, terdapat lebih 40 negara yang telah menzahirkan hasrat untuk menganggotai BRICS, dengan 20 daripadanya sudah mengemukakan permohonan secara rasmi.
Menurut Duta Khas Afrika Selatan untuk hal ehwal BRICS, Sherpa Anil Sooklal, peningkatan jumlah negara yang mahu menganggotai BRICS adalah bukti keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan pimpinan negara-negara BRICS dalam menyelesaikan isu global.
Pandangan umum bukannya diwakili oleh G7 atau sebilangan kecil media Barat, tapi ia perlu lihat hasrat kebanyakan negara di dunia.
Dari BRIC kepada BRICS dan kini menjadi BRICS+, dari sidang kemuncak lima negara anggota berkembang menjadi sidang kemuncak kerjasama selatan-selatan, ini telah memperlihatkan mekanisme kerjasama BRICS adalah terbuka.
Perkembangan BRICS sepatutnya menyediakan peluang kepada lebih banyak negara. Meskipun banyak negara menghadapi pelbagai cabaran dalam sitauasi antarabangsa yang panca roba, tapi seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Xi, China bersedia bekerjasama dengan dunia, tidak biarkan apa jua negara ketinggalan dalam pembangunan.
Bukti yang lain juga termasuk Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) yang dikemukakan oleh China sendiri bukan hanya terlibat negara-negara membangun, juga mengalu-alukan penganggotaan negara maju seperti Itali.
Ini amat berbeza dengan G7 yang bersifat ‘eksklusif’ dan anggotanya hampir sama dengan negara-negara penjajah terbesar pada 150 tahun yang lalu. Seperti Tentera Sekutu 8 Negara yang menduduki Beijing pada tahun 1900.
Sejak sekian lama, fungsi G7 tidak berubah, mengekalkan kedudukan dominasi mereka di dunia. Kadang-kadang, ada negara lain dipanggil sebagai “rakan sekutu” oleh mereka, seperti Rusia, Turki, Jepun, Korea Selatan, Filipina dan lain-lain.
Bahkan, dulu juga China pula pernah “diterima” sebagai kawan mereka, sehingga ada cadangan menubuhkan “G2” dari Washington, tapi peranan negara-negara tersebut adalah jelas, iaitu untuk mengganggu kerjasama dan perpaduan selatan-selatan, menghasutkan pergaduhan antara negara-negara membangun, dan tujuannya adalah konsisten, menjaga kepentingan beberapa negara tertentu saja.
Melihat Sidang Kemuncak BRICS yang menarik tumpuan dunia, tentulah akan muncul fitnah dari Barat
Tapi, bagaimana pula dengan respons kita? Bagi Satria, yang paling pragmatik bagi kita adalah terus berusaha menyediakan lebih banyak pelung dalam kerjasama yang kita bina supaya tiada satu negara pun ketinggalan.